Belarus arah pesawat bawa aktivis pembangkang berpatah balik - Utusan Malaysia

Belarus arah pesawat bawa aktivis pembangkang berpatah balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BELARUS: Pesawat Ryanair yang membawa aktivis pembangkang dipaksa berpatah balik dan mendarat di ibu negara itu, Minsk.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan pemimpin dunia yang menyifatkannya sebagai ‘rampasan’ dan ‘tindakan ganas’.

Stesen televsiyen Belarus melaporkan Roman Protasevich, 26, yang merupakan wartawan pembangkang serta menjadi orang buangan di Poland ditahan selepas penerbangan FR4978 dilencongkan dari laluan Athens ke Vilnius atas isu keselamatan.

Selepas pesawat itu mendarat di Vinius beberapa jam dari masa ketibaan yang dijadualkan, segelintir penumpang memaklumkan mereka melihat aktivis itu berada dalam keadaan cemas apabila pesawat dilencongkan ke Belarus.

Seorang penumpang, Monika Simkiene, 40, berkata, lelaki itu memalingkan muka daripada melihat orang lain kerana dia bakal berdepan hukuman mati.

Bagi Edvinas Dimsa, 37, lelaki itu tidak menjerit tetapi kelihatan dia sangat takut.

“Seolah-olah kalau tingkap itu boleh dibuka sudah tentu dia akan melompat keluar,” katanya.

Kesatuan Eropah bersedia membincangkan sekatan lebih ketat terhadap Belarus selepas tindakan keras rejim Presiden, Alexander Lukashenko terhadap penunjuk perasaan pembangkang.

Perdana Menteri Poland, Mateusz Morawiecki mengecam langkah Belarus sebagai ‘tindakan keganasan negara’.

Menteri Luar Perancis, Jeans Yves Le Drian pula menggesa EU mengeluarkan maklum balas tegas terhadap isu itu.

Lithuania dan Latvia meminta penerbangan antarabangsa tidak menggunakan ruang udara Belarus.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya