LONDON: Seorang bekas pengetua di sekolah swasta terkenal, Top Grove School dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun dan empat bulan selepas didapati bersalah melakukan penderaan seksual terhadap seorang remaja perempuan.
Lapor Daily Mail, Colin Brooks mencabul seorang remaja perempuan selama empat tahun sejak mangsa berusia 13 tahun.
Brooks mencabul mangsa pada 1982 semasa menjadi pengetua di sekolah berasrama penuh yang menempatkan semua pelajar perempuan.
Selepas 37 tahun kes berlaku, lelaki berusia 77 tahun itu dijatuhkan hukuman penjara oleh Mahkamah Guildford Crown.
Difahamkan, mangsa bukan pelajar di sekolah itu.
Sekitar seorang daripada 20 kanak-kanak berusia antara 11 hingga 17 tahun di United Kingdom pernah menjadi mangsa penderaan seksual.