BEIJING: Pihak berkuasa China hari ini memaklumkan risiko yang ditimbulkan oleh roket Long March 5B adalah sangat rendah selepas Amerika Syarikat (AS) memberi amaran roket itu boleh terhempas di kawasan berpenghuni.
Pakar ketenteraan AS sebelum ini menjangkakan serpihan roket tersebut akan jatuh atau terhempas sekitar esok atau lusa, namun tidak dapat mengenal pasti bila dan lokasi sebenar roket itu akan jatuh.
Bagaimanapun, Beijing menolak amaran yang dikeluarkan AS.
“Kemungkinan serpihan roket itu akan menimbulkan ancaman terhadap orang ramai dan sebarang kegiatan di darat dalah sangat rendah.
“Kebanyakan komponen roket itu akan musnah ketika memasuki atmosfera Bumi dan semua pihak akan dimaklumkan sebarang perkembangan dari semasa ke semasa,” menurut jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin.
Roket Long March 5B yang dilancarkan Khamis lalu dari Pulau Hainan dilaporkan gagal dikawal dan sepatutnya sudah melakukan pendaratan di bumi.
Roket itu dilaporkan membawa modul ‘Tianhe’ yang mengandungi ruang kuarters untuk tiga anak kapal di stesen angkasa kekal China. – AFP