Bashar al-Assad kekal Presiden Syria - Utusan Malaysia

Bashar al-Assad kekal Presiden Syria

BASHAR al-Assad berucap ketika pembukaan sesi Parlimen di Damsyik, Syria. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT: Presiden Syria, Bashar al-Assad memenangi pilihan raya presiden dengan memperoleh sebanyak 95.1 peratus, sekali gus menyaksikan beliau akan meneruskan penggal pentadbiran negara.

Kerajaan Bashar menyatakan kemenangan itu menunjukkan negar berkenaan ‘berfungsi dengan baik’ biarpun konflik perang saudara yang tercetus masih belum reda sepenuhnya.

Ketua Parlimen Syria, Hammouda Sabbagh mengumumkan keputusan itu dalam sidang akhbar semalam.

Katanya, sebanyak 78 peratus atau bersamaan 14 juta penduduk Syria keluar mengundi.

Pilihan raya tersebut tetap diteruskan biarpun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meminta komuniti antarabangsa memantau ketelusannya bagi memastikan rakyat Syria memperoleh Perlembagaan dan penyelesaian politik yang konkrit.

Terdahulu, Menteri Luar Perancis, Jerman, Itali, Britain dan Amerika Syarikat (AS) mengkritik Bashar menjelang pilihan raya tersebut kerana khuatir pengundian tidak akan dilaksanakan secara telus.

Turki yang dilihat sebagai ‘penasihat’ Syria turut menyifatkan pilihan raya itu tidak sah.

Kemenangan itu menyaksikan Bashar akan terus berkuasa untuk tempoh tujuh tahun akan datang. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya