Australia bergelut jangkitan sifilis  - Utusan Malaysia

Australia bergelut jangkitan sifilis 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Walaupun Australia sudah mengalami penurunan kes baharu Covid-19 dan hanya merekodkan kes satu digit, namun, negara itu kini terpaksa bergelut dengan ledakan kes sifilis. 

Lapor The Sun, pegawai kesihatan tempatan di Melbourne menyifatkan gejala itu sebagai ‘epidemik’ kerana terdapat kebimbangan kes jangkitan seksual itu akan meningkat sebanyak 220 peratus. 

Berdasarkan data baharu yang direkodkan oleh Jabatan Kesihatan, sebanyak 45 peratus peningkatan kes berlaku disebabkan jangkitan sifilis. 

Kebanyakan kes yang tersebar itu dipercayai berpunca akibat perintah berkurung yang dilonggarkan sekali gus turut menimbulkan kebimbangan pegawai kesihatan di United Kingdom. 

Sifilis adalah sejenis jangkitan seksual yang disebarkan daripada alat kelamin dan mampu merebak ke seluruh tubuh jika tidak dirawat. 

Ia termasuk dalam golongan penyakit yang disebarkan melalui hubungan seks atau lebih dikenali sebagai STD (Sexually Transmitted Disease) atau STI (Sexually Transmitted Infection). 

Bercakap kepada news.au, pakar epidemologi, Eric Chow mengesahkan kes STI meningkat daripada 950 kes pada 2015 kepada 1,375 kes, 2018. 

“Wabak ini dahulunya berjangkit dalam kalangan lelaki homoseksual di Melbourne, tetapi kini penyakit itu menjadi lebih umum dan merebak ke kawasan pinggir bandar. 

“Kini, golongan wanita perlu diberikan perhatian utama kerana kenaikan kes sifilis boleh menyebabkan komplikasi besar semasa kehamilan serta menyebabkan kematian anak dalam kandungan,” jelasnya. 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya