GAZA CITY: Usaha pelbagai pihak untuk menggesa gencatan senjata dilakukan bagi menghentikan konflik keganasan di Palestin menemukan kegagalan.
Hal ini kerana, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkeras untuk meneruskan serangan demi serangan di Gaza sehingga ‘mencapai sasaran yang ditetapkan’.
Netanyahu memaklukan perkara itu ketika beliau bercakap dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menerusi telefon.
Biden sebelum itu komited bahawa gencatan senjata dapat dilakukan dalam masa terdekat.
Selain itu, AS terus menyekat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSCR) daripada mengeluarkan kenyataan mengenai situasi di Palestin.
AS memaklumkan, kenyataan bersama tidak akan mengakhiri keganasan di Gaza. – AGENSI