TEL AVIV: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken dilaporkan tiba di Tel Aviv, hari ini.
Lawatan itu dibuat beberapa hari selepas gencatan senjata dipersetujui antara Israel dan Hamas bagi mengakhiri serangan keganasan Zionis di Semenanjung Gaza.
Sebelum ini, Blinken memaklumkan lawatannya bertujuan menyokong `usaha untuk memperkukuhkan lagi gencatan senjata’.
Diplomat tertinggi AS itu akan bertemu dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Palestin, Mahmud Abbas.
Blinken juga akan mengadakan lawatan ke Mesir dan Jordan. – AFP