Angelina Jolie sanggup tak mandi tiga hari - Utusan Malaysia

Angelina Jolie sanggup tak mandi tiga hari

ANGELINA Jolie ketika menjalani penggambaran dengan ratusan ekor lebah hinggap pada badannya. - DAN WINTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Demi menjayakan sebuah penggambaran dengan lebah, pelakon terkenal, Angelina Jolie sanggup tidak mandi selama tiga hari bagi mendapatkan hasil yang terbaik.  

Mendedahkan perkara itu ketika ditemu bual oleh National Geographic, Angelina berkata, dia sanggup menjayakan penggambaran itu sempena Hari Lebah Sedunia dengan membenarkan ratusan lebah hinggap di sekeliling badan, bahu dan kepalanya.  

“Pihak kru sudah memaklumkan sekiranya saya mandi, pakai pencuci rambut dan minyak wangi, lebah tidak dapat menghidu dan mengenali saya. 

“Sekiranya saya letak benda lain di bahagian hidung dan telinga, saya hanya menyebabkan lebah itu tidak mempunyai ruang mencukupi untuk hinggap,” katanya. 

Angelia berkata, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing untuk melindungi lebah yang mempunyai sumbangan kepada dunia.  

Gambar dramatik itu ditangkap oleh jurugambar, Dan Winters. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya