Ahli Parlimen Kanada kantoi bogel semasa mesyuarat - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen Kanada kantoi bogel semasa mesyuarat

WILLIAM AMOS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OTTAWA: Ahli Parlimen Kanada meletakkan jawatan daripada beberapa tugas rasmi dan memerlukan ‘bantuan’ selepas video dirinya membuang air kecil semasa persidangan video Parlimen tersebar. 

Bagaimanapun, dia tidak memperincikan sebarang bentuk bantuan yang diperlukan. 

Malah, bulan lalu semasa sesi dalam talian diadakan, video William Amor berbogel turut terdedah. 

Ketika itu, dia sedang berdiri sambil berbogel antara bendera Kanada dan Quebec, dengan alat sulitnya tersorok oleh telefon bimbit semasa sesi soal jawab Parlimen. 

“Semasa menghadiri sesi Parlimen malam kelmarin secara maya, saya membuang air kecil tanpa sedar kamera masih diaktifkan.

“Saya sangat berasa malu dengan tindakan itu dan gangguan yang terpaksa dialami oleh individu yang menyaksikannya. Walaupun tidak disengajakan dan tidak dapat dilihat oleh orang ramai, perbuatan itu sama sekali tidak dapat diterima dan saya meminta maaf,” ciapnya dalam Twitter. 

Amos yang merupakan ahli Parti Liberal yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Justin Trudeau turut mendakwa kejadian itu adalah satu kesilapan yang tidak disengajakan. -AFP 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya