Ahli gusti campak kanak-kanak lelaki selepas kalah pertandingan - Utusan Malaysia

Ahli gusti campak kanak-kanak lelaki selepas kalah pertandingan

TANGKAP layar video menunjukkan Cruz mencampak kanak-kanak lelaki ke jalan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun cedera selepas ‘dicampak’ ke jalanan oleh ahli gusti profesional di bandar ini.

Lapor Daily Star, kejadian itu berlaku selepas Einar Cruz kalah dalam satu pertandingan gusti yang diadakan di bandar ini.

Rakaman video yang tular menunjukkan Cruz dihampiri kanak-kanak tersebut yang cuba memegang lehernya.

Berang dengan kekalahan yang dialami, Cruz kemudiannya melepaskan geram dengan mencampak kanak-kanak lelaki itu ke jalanan.

Dalam video tersebut, dapat dilihat Cruz bangun dan menarik baju kanak-kanak itu sebelum mencampaknya sejauh beberapa meter.

Beberapa individu yang menyaksikan kejadian itu memarahi Cruz  dan cuba menyerangnya.

Kemudian, polis tiba di lokasi kejadian dan menahan Cruz.

Pendakwa Raya Mexico, Ernestina Godoy berkata, perbuatan itu adalah satu jenayah yang merampas hak kebebasan, selain menyebabkan kanak-kanak lelaki tersebut  mengambil masa selama 15 hari untuk sembuh. 

Disebabkan kejadian itu, Cruz tidak boleh lagi meneruskan sukan gusti selepas kariernya digantung seumur hidup oleh Kesatuan Gusti Mexico. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya