Acara pembukaan Muzium Grand Egyptian dikendalikan syarikat tempatan - Utusan Malaysia

Acara pembukaan Muzium Grand Egyptian dikendalikan syarikat tempatan

MUZIUM Grand Egyptian di Giza, Mesir - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Majlis pembukaan Muzium Grand Egyptian (GEM) akan dikendalikan oleh syarikat tempatan, lapor Arab News.

Disebabkan pandemik Covid-19 yang belum berakhir, pihak atasan muzium memutuskan untuk tidak melantik syarikat antarabangsa untuk menguruskan acara itu.

Penyelia Am Projek Muzium, Atef Moftah memberitahu agensi berita asia barat sesi perancangan diadakan dengan syarikat tempatan yang dipilih untuk menguruskan acara pembukaan itu.

Katanya, acara itu dirancang bagi menarik perhatian dunia selari dengan projek yang sangat berprestij ini.

GEM adalah antara projek mega di Mesir yang menyaksikan kerja-kerja pembinaannya tertangguh sejak 2006 dan sepatutnya dijadualkan dibuka kepada orang ramai tahun lalu.

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN