9 cedera kilang meletup di Iran - Utusan Malaysia

9 cedera kilang meletup di Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHRAN: Sekurang-kurangnya sembilan orang mengalami kecederaan dalam letupan di kilang yang menghasilkan bahan bunga api di Isfahan, Iran.

Lapor AFP, letupan itu berlaku di Sepahan Nargostar Chemical Industries, pukul 4 pagi waktu tempatan.

Ketua Organisasi Pengurusan Krisis, Mansour Shisheforoush berkata, punca kejadian masih dalam siasatan dan kesemua mangsa sudah dihantar ke hospital.

Katanya, pasukan penyiasat berada di lokasi kejadian bagi mengenal pasti punca letupan.

Kilang itu terletak 45 kilometer dari barat laut bandar Isfahan.

Syarikat itu menghasilkan bahan letupan bagi industri komersial sejak 1941.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya