30 maut bot terbalik di Nigeria - Utusan Malaysia

30 maut bot terbalik di Nigeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANO: Seramai 30 orang dilaporkan lemas selepas sebuah bot yang padat dengan penumpang, terbalik dalam insiden di wilayah Niger, tengah Nigeria.

Kejadian itu berlaku di kampung Tijana di daerah Munya pada Sabtu lalu.

Bot yang membawa kira-kira 100 peniaga tempatan, terbelah dua selepas melanggar tunggul kayu semasa ribut.

Insiden itu berlaku ketika peniaga tempatan itu pulang dari pasar.

“Setakat ini, sebanyak 30 mayat ditemukan dan lima lagi masih hilang,” kata jurucakap agensi kecemasan wilayah Niger, Ibrahim Audu Hussein.

Menurut Ibrahim, seramai 65 penumpang berjaya diselamatkan dengan bantuan penyelam tempatan.

Tambah Ibrahim, meskipun hujan lebat menghambat operasi mencari namun penyelam berusaha sedaya upaya menyelamat mangsa.

Insiden nahas bot kerap berlaku di perairan Nigeria disebabkan lebihan muatan penumpang, kelemahan penyelenggaraan dan cuaca buruk. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya