3.4 juta penduduk Myanmar bakal kebuluran - Utusan Malaysia

3.4 juta penduduk Myanmar bakal kebuluran

PENDUDUK menerima bantuan beras yang disumbangkan oleh Program Makanan Sedunia di Yangon, Myanmar. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Jutaan penduduk Myanmar berdepan dengan ancaman kebuluran berikutan kenaikan harga makanan meningkat mendadak susulan pergolakan politik yang berlaku.

Ekonomi dan sistem perbankan negara ini lumpuh sejak junta tentera melakukan rampasan kuasa pada Februari lalu, menyaksikan banyak kilang ditutup dan harga minyak melambung.

Penduduk juga semakin sukar mencari pekerjaan kerana khuatir menjadi mangsa keganasan junta tentera yang setakat ini sudah meragut lebih 800 nyawa.

Program Makanan Sedunia memberi amaran, Myanmar bakal berdepan krisis kebuluran dalam tempoh beberapa bulan akan datang jika pergolakan politik tidak diselesaikan.

“Dalam tempoh enam bulan, 3.4 juta penduduk Myanmar bakal berdepan kebuluran dan situasi itu tidak seharusnya berlaku,” jelas agensi tersebut.

Seorang peniaga, Wah Wah, 37, berkata, harga keperluan asas meningkat mendadak sejak rampasan kuasa dan penduduk semakin tidak mampu membeli makanan, walaupun hanya semangkuk ikan kering.

“Semua orang mengikat perbelanjaan kerana ramai yang sudah tidak bekerja dan kami hidup dalam ketakutan kerana tidak tahu apa yang akan berlaku,” katanya.

Kawasan pedalaman paling teruk terjejas akibat kenaikan harga yang berlaku di Myanmar.

Di negeri Kachin, harga beras meningkat sehingga 50 peratus lebih mahal. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya