DHAKA: Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh dalam satu insiden pertembungan antara dua kapal di tengah Bangladesh semalam.
Ketua polis tempatan, Miraz Hossain berkata, pihaknya berjaya menyelamatkan lima orang dan menemukan 26 mayat.
Kejadian itu berlaku antara sebuah kapal yang membawa sekurang-kurangnya 30 penumpang dengan kapal muatan pasir di sungai Padma berhampiran bandar Shibchar.
Seorang polis memaklumkan lebih ramai orang dilaporkan hilang dan pasukan mencari dan menyelamat bersama penduduk tempatan meneruskan operasi menyelamat.
Beberapa pakar mendakwa penyelenggaraan yang lemah dan kekurangan kawalan ketat di limbungan kapal selain kesesakan di kapal menjadi antara punca kemalangan maritim di negara ini sering berlaku.
Awal bulan lalu, lebih 30 orang maut apabila sebuah feri yang sesak dengan kira-kira 50 penumpang bertembung dengan kapal kargo.
Pada Jun tahun lalu, sebuah feri karam selepas dilanggar oleh feri lain sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 32 orang maut. – AFP