23,573 kenderaan diarah patah balik hari pertama Ops Ketupat - Utusan Malaysia

23,573 kenderaan diarah patah balik hari pertama Ops Ketupat

ANGGOTA polis memeriksa kenderaan yang melalui pintu tol Cikupa di Tangerang, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sebanyak 23,573 kenderaan diarah berpatah balik pada hari pertama sekatan jalan raya Ops Ketupat yang dilaksanakan di seluruh negara bermula semalam hingga 17 Mei ini.

Ketua Jabatan Hubungan Awam Polis, Argo Yuwono berkata, sekatan jalan raya yang diadakan mampu mengawal pergerakan kenderaan dari Jakarta menuju ke Jawa Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur.

“Hanya 8,732 kenderaan melalui tol Cikampek berbanding 19,338 pada hari kebiasaan dan jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 53 peratus.

“Situasi sama turut direkodkan berlaku di tol Kaliurip Utama dengan 10,629 kenderaan berbanding 19,827,” katanya kepada Tribunnews.

Dalam pada itu, Argo menjelaskan sebanyak 12,267 kenderaan, 7,352 penunggang motosikal, 2,148 kenderaan penumpang dan 1,768 kenderaan muatan diarahkan berpatah balik.

“Sehingga semalam, sebanyak 23,573 kenderaan diarah berpatah balik kerana disyaki ingin pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri,” ujarnya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya