20 orang maut, 65 cedera dalam serangan udara Israel di Gaza - Utusan Malaysia

20 orang maut, 65 cedera dalam serangan udara Israel di Gaza

SERANGAN udara Israel di Semenanjung Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Sekurang-kurangnya 20 orang maut dan 65 lagi cedera selepas Israel melancarkan serangan udara di Gaza, semalam.

Serangan itu sebagai tindak balas terhadap roket yang dilancarkan oleh Hamas dan pejuang Palestin lain di tengah keganasan tercetus di pekarangan Masjid Al-Asqa, Baitulmuqaddis.

Menurut pihak berkuasa Gaza, individu terkorban termasuk sembilan kanak-kanak dan seorang komander kanan Hamas.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa Hamas sudah melampaui batas dengan mensasarkan peluru berpandu ke arah Baitulmuqaddis dan negara Yahudi akan bertindak balas menggunakan kekerasan.

“Kami tidak akan bertolak ansur dengan sebarang serangan ke atas wilayah, ibu negara, rakyat dan tentera kami.

“Mereka yang menyerang kami akan menerima balasan setimpal dengan tindakan tersebut,” katanya yang mengadakan mesyuarat dengan ketua tentera dan agensi keselamatan Shin Bet. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya