MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan puluhan cedera apabila sebuah landasan tinggi runtuh ketika tren lalu dalam satu kejadian di sini semalam.
Rakaman kamera keselamatan menunjukkan gerabak tren terhumban ke bawah ketika landasan itu runtuh.
“Setakat ini, seramai 15 orang maut dan ramai cedera,” kata Datuk Bandar Mexico City, Claudia Sheinbaum.
Pihak berkuasa Mexico menerusi Twitter memaklumkan kira-kira 70 orang cedera dalam insiden tersebut.
Sementara itu, pasukan kecemasan dikerah ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi mencari serta menyelamat mangsa. – AFP