ROM: Sekurang-kurangnya 12 orang maut apabila sebuah kereta kabel jatuh berhampiran Tasik Maggiore di utara Itali.
Seramai 15 penumpang menaiki kereta kabel yang bersambung dengan sebuah resort di pekan Stresa dan pergunungan Mottarone di wilayah Piedmont itu ketika kejadian berlaku.
Menurut jurucakap pasukan penyelamat, Walter Milan berkata, dua penumpang yang cedera parah menyifatkan kereta kebal itu remuk sepenuhnya.
Insiden itu dipercayai berlaku apabila tali yang menyokong kereta kabel berkenaan terputus.
Sementara itu, operasi mencari serta menyelamat masih diteruskan di lokasi kejadian. – AGENSI