NASHVILLE: Seorang wanita didakwa cuba menembak pekerja di sebuah pandu lalu restoran Burger King di Tennessee hanya kerana marah terpaksa menunggu terlalu lama untuk mendapatkan makanan yang dipesannya. Lapor Metro, menurut Jabatan Polis Memphis, dalam kejadian Selasa lalu, pelanggan itu bertindak memanjat masuk kaunter pandu lalu dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah pekerja tersebut. Beberapa gambar yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) restoran Burger King itu menunjukkan wanita berkenaan memegang pistol. Satu lagi gambar menunjukkan wanita itu sedang memegang pistol dengan kedua-dua tangannya dan mengacukannya ke arah kamera.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya