Wanita hidap kanser kulit 28 kali - Utusan Malaysia

Wanita hidap kanser kulit 28 kali

ANDREA Ivonne Monroy menghidap penyakit kulit jarang berlaku iaitu Xeroderma pigmentosum. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Seorang wanita dari California yang tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari, dilaporkan menghidap kanser kulit untuk kali ke-28.

Lapor Metro, Andrea Ivonne Monroy terpaksa menghabiskan sepanjang hari berada dalam rumah dengan tingkapnya dipasang lapisan filem untuk melindunginya daripada cahaya matahari.

Blogger berusia 28 tahun itu didiagnosis penyakit kulit yang jarang berlaku iaitu Xeroderma pigmentosum.

Jelasnya, keadaan itu menyebabkan dia menghidap kanser kulit sebanyak 28 kali.

Malah, kata Monroy, penyakit kulit yang dialaminya juga mengakibatkan dia putus haid atau menopaus pada usia 23 tahun. 

Menurut wanita itu, kulit badannya juga menunjukkan penuaan yang amat ketara.

“Saya mengambil masa yang lama untuk hadam apa yang berlaku tetapi saya menerima keadaan ini seadanya.

“Saya hanya boleh keluar pada waktu malam dan terpaksa membawa meter solar setiap masa untuk memeriksa tahap sinaran UV ke mana sahaja, selain perlu keluar memakai baju serta seluar panjang,” katanya.

Monroy memberitahu, dia terpaksa melakukan pelbagai pembedahan untuk membuang ketumbuhan kanser kulit sepanjang hidupnya.

Katanya, diagnosis terbaharunya adalah pada Oktober tahun lalu.

“Ini bukan kali pertama saya didiagnosis dengan kanser karsinoma sel basal. Saya juga pernah mengalami melanoma dan banyak sel pra-barah,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya