Wanita enggan pulangkan RM4.95 juta - Utusan Malaysia

Wanita enggan pulangkan RM4.95 juta

KELYN SPADONI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW ORLEANS: Seorang wanita dari Louisiana didakwa enggan mengembalikan semula wang lebih AS$1.2 juta (RM4.95 juta) yang dimasukkan ke dalam akaunnya secara tidak sengaja oleh sebuah syarikat perkhidmatan kewangan.

Lapor agensi AP, Kelyn Spadoni, 33, yang bekerja sebagai penerima panggilan talian kecemasan 911 di Pejabat Sheriff Jefferson Parish, telah ditahan dan didakwa atas tuduhan kecurian bernilai lebih AS$25,000 (RM103,214), penipuan bank dan transaksi wang secara haram.  

Jurucakap dari Pejabat Sheriff Jefferson Parish, Jason Rivarde berkata, syarikat Charles Schwab & Co. memasukkan jumlah wang itu secara tidak sengaja ke akaun broker Spadoni.

Jelasnya, syarikat tersebut memfailkan saman terhadap Spadoni di mahkamah persekutuan dengan menuduhnya mengelak panggilan, pesanan teks dan emel ketika cuba mendapatkan semula wang tersebut.    

“Itu bukan wangnya dan dia tidak mempunyai hak di bawah undang-undang untuk menuntut wang tersebut.

“Walaupun ia dimasukkan secara tidak sengaja, ia dilihat sebagai kesilapan perakaunan,” katanya.  

Dilaporkan, wanita itu dibuang kerja selepas penangkapan tersebut. 

Berdasarkan tuntutan mahkamah yang difailkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat (AS) di New Orleans, Spadoni membuka akaun dengan Charles Schwab & Co. pada January lalu.   

Jelas laporan itu, kira-kira sebulan kemudian, syarikat tersebut memasang `penambahan’ ke perisian yang digunakan untuk memindahkan aset.  

Menurut rekod mahkamah, pada 23 Februari lalu, syarikat itu sebenarnya mahu memindahkan AS$82.56 (RM340.89) ke akaun Fidelity Brokerage Services yang dimiliki Spadoni, sebaliknya secara tidak sengaja memasukkan sebanyak AS$1,205,619, (RM4,978,496).

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya