Wanita ditipu RM4.85juta oleh tunang dakwa perisik MI6 - Utusan Malaysia

Wanita ditipu RM4.85juta oleh tunang dakwa perisik MI6

CAROLYN WOODS kehilangan kira-kira 850,000 pound (RM4.85 juta) wang simpanan selepas terperdaya dengan penipuan Mark Acklom. - SWNS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita kehilangan kira-kira 850,000 pound (RM4.85 juta) wang simpanan selepas diperdaya oleh tunangnya yang mendakwa kononnya merupakan ejen perisik MI6.

Lapor Daily Star, Carolyn Woods, 54, bertunang dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Mark Conway dan pasangan itu bertemu pada Januari 2012 di sebuah kedai Woods bekerja. 

Katanya, hampir setiap kali, lelaki itu berbohong mengenai kerjanya menjadi ejen perisik M16 termasuk melakukan tugasan rahsia di luar negara seperti di Iran dan Syria.

Malah, jelas Woods, lelaki itu juga pernah mendakwa menjadi rakan Presiden Rusia, Vladimir Putin hanya untuk menarik perhatiannya.

Woods berkata, mereka mula berkenalan selepas Conway meminta nombor telefonnya selepas pertemuan itu.

“Pada suatu hari, saya terdengar perbualan telefon Conway mengenai masalah wang dialaminya. Dia mendakwa memerlukan wang sebanyak 26,000 pound (RM148,468).

“Pada mulanya, lelaki itu menolak untuk menerima wang simpanan selepas saya tawarkan kepadanya, namun kemudian dia bersetuju mengambil 22,000 pound (RM125,627),” katanya.

Menurut Woods, selepas insiden itu, Conway sering meminjam wangnya sehingga berjaya melesapkan 850,000 pound. 

“Saya hanya mengenalinya sebagai Mark Conway tanpa mengetahui nama sebenarnya adalah Mark Acklom.

“Dia merupakan penipu bersiri terkenal yang pernah muncul dalam tajuk utama akhbar tempatan pada 1991. Lelaki itu terlibat dalam beberapa sindiket termasuk mencuri kad kredit ayahnya ketika berusia 16 tahun.

“Dia pernah dipenjarakan atas kesalahan melakukan penipuan di United Kingdom (UK) dan Sepanyol,” katanya.

Dilaporkan, Acklom berada dalam senarai 10 individu buruan yang paling dikehendaki oleh Agensi Jenayah Kebangsaan Britain.   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya