SULAWESI: Seorang wanita dari Bulukumba dilamar dengan dua keping bitcoin bernilai 1.6 bilion rupiah (RM451,356).
Harga bagi setiap keping bitcoin adalah antara 800 ke 900 juta rupiah (RM225,678-RM253,888).
Lapor Kompas.com, selain bitcoin, Bau Tenri Abeng, 31, yang dilamar oleh rakan sekerjanya, Muhammad Hasbi, 47, turut menerima mas kahwin tiga keping logam, satu set emas dan kelengkapan solat.
Acara pernikahan dan resepsi diadakan di Makassar serta hanya mengundang keluarga dan kenalan terdekat.
Tenri mengenali pasangannya selama setahun lima bulan selepas menyertai perniagaan matawang kripto.
Katanya, dia sendiri yang meminta dilamar menggunakan bitcoin kerana menyakini harga matawang digital itu akan terus meningkat.
Pasangan itu merancang untuk berbulan madu di Yogyakarta.