Wanita cekik leher pemandu Uber - Utusan Malaysia

Wanita cekik leher pemandu Uber

TANGKAP layar video menunjukkan penumpang wanita bertindak agresif terhadap pemandu Uber. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORIDA: Seorang penumpang wanita tiba-tiba mencekik pemandu Uber selepas dia terjaga daripada tidur di St. Petersburg, Tampa. 

Lapor Metro, Michele Stilwell, 55, mencekik Michael Hassey Jr, 22, sambil menjerit ‘anak perempuanku’ dalam satu kejadian.  

Pemandu itu cuba meleraikan tangan wanita yang bekerja sebagai jururawat itu dan mengerang kesakitan kerana tidak boleh bernafas. 

Menerusi laporan polis, wanita itu dikatakan menggigit, mencekik dan mencakar mangsa yang tidak berupaya mempertahankan dirinya. 

Pihak polis mengesahkan Stilwell berada di bawah pengaruh alkohol semasa kejadian. 

Menurut Hassey, dia mengambil wanita itu di Cask Social Kitchen, selepas menerima panggilan daripada sekumpulan wanita muda yang memaklumkan Stilwell adalah ibu mereka. 

Katanya, penumpang wanita itu tertidur sepanjang perjalanan sehingga tiba-tiba dia tersedar dan menampar mukanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya