Wanita Asia pertama menang pengarah filem terbaik Oscar - Utusan Malaysia

Wanita Asia pertama menang pengarah filem terbaik Oscar

CHLOE ZHOE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pembikin filem kelahiran China, Chloe Zhao menjadi wanita pertama Asia dan wanita kedua memenangi anugerah pengarah terbaik bagi Academy Awards.

Chloe Zhao, 39, memenangi Oscar menerusi filem Nomadland yang memaparkan kisah mengenai kehidupan sebenar golongan nomad.

Filem itu turut menampilkan pelakon wanita, Frances McDormand yang mengangkat kisah golongan lebih berusia di Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa berpindah dari satu kerja ke kerja yang lain serta mengharungi liku-liku hidup.

Zhao dilahirkan di China dan menetap di Beijing sehingga mencecah usia 14 tahun.

Dia kemudian melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama di London sebelum menamatkan pengajian sekolah menengah di Los Angeles.

Setakat ini, hanya dua wanita yang pernah memenangi anugerah pengarah filem terbaik sepanjang sejarah penganjuran Academy Awards yang sudah berlangsung selama 93 tahun.

Rekod pertama itu diungguli oleh Kathryn Bigelow pada 2010 bagi filem thriller mengenai kisah peperangan, The Hurt Locker.

Tahun ini, Zhao berentap dengan Emerald Fennell menerusi filem taruhan Promising Young Woman sekali gus menjadikan buat pertama kali dua wanita dicalonkan dalam kategori sama. -REUTERS

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya