JAKARTA: Perjalanan dalam negeri diperketatkan semasa tempoh D-14 iaitu 6 hingga 17 Mei dan H+7 dari 18 hingga 24 Mei depan selari larangan pulang ke kampung semasa musim perayaan.
Lapor Kompas.com, disebabkan larangan pulang ke kampung berkuat kuasa 6 hingga 17 Mei depan, sekatan perjalanan diperketatkan dari 22 April hingga 24 Mei nanti.
Peraturan itu terkandung dalam Surat Edaran Tugas Khas Menangani Covid-19, Nombor 13, 2021 berhubung pemansuhan balik kampung sempena Hari Raya Aidilfitri dan usaha mengawal jangkitan penularan wabak semasa bulan Ramadan.
“D-14 merujuk tempoh pemansuhan balik kampung, manakala, H+7 iaitu tempoh selepas pemansuhan balik kampung bermula 18 Mei hingga 24 Mei depan seperti terkandung dalam pekeliling tersebut,” kata peraturan itu.
Arahan itu memerlukan setiap pengembara yang menggunakan pengangkutan udara dan air menunjukkan bukti keputusan negatif Reverse Transcriptase-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) yang sampelnya diambil 24 jam sebelum keberangkatan.
Individu terbabit juga boleh menunjukkan keputusan negatif ujian GeNose C19 serta mengisi e-HAC Indonesia.
Walaupun ujian RT-CPR menunjukkan hasil negatif, namun, perjalanan tidak boleh diteruskan sekiranya terdapat gejala.
Pemohon perlu menjalani tempoh kuarantin kendiri semasa menunggu keputusan pemeriksaan.
Bagi kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah, mereka tidak diwajibkan melakukan ujian tersebut sebagai syarat melakukan perjalanan.