BALI: Sebuah video yang menunjukkan sebahagian daripada kru KRI Nanggala-402 sedang menyanyi dilaporkan dirakam beberapa minggu sebelum kapal selam itu tenggelam.
Dalam video tersebut, sejumlah anak kapal menyanyikan lagu berjudul ‘Sampai Jumpa’ nyanyian Endank Soekamti.
Komandan kapal selam itu, heri Oktavian turut dilihat berkumpul menyanyi bersama anak buahnya di dalam kapal selam tersebut.
Video itu dirakam sebagai meraikan majlis perpisahan komandan Nanggala yang terdahulu sebelum digantikan dengan Heri.
Kapal selam buatan Jerman pada tahun 1978 itu tenggelam pada kedalaman 838 meter, mengorbankan kesemua anak kapalnya.
Insiden itu berlaku ketika kapal selam itu melakukan latihan ketenteraan di perairan Bali pada Rabu lalu. – AFP