Venezuela hadkan pembayaran insurans kepada pesakit Covid-19 - Utusan Malaysia

Venezuela hadkan pembayaran insurans kepada pesakit Covid-19

SEORANG petugas kesihatan menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap seorang pesakit berusia 60 tahun. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CARACAS: Venezuela mengehadkan pembayaran manfaat insurans kepada pesakit Covid-19, berdasarkan dokumen yang dilihat oleh Reuters semasa negara Amerika Selatan itu berdepan gelombang kedua wabak tersebut.

Menurut notis yang dihantar kepada pemegang polisi insurans bertarikh 16 Mac, pengawal selia insurans negara itu memberitahu pihak syarikat mereka hanya perlu memberikan perlindungan maksimum 14 hari di pusat penjagaan rapi di kemudahan swasta dan membayar maksimum AS$25,000 (RM100,000) bagi setiap pesakit.

Kebanyakan penduduk Venezuela menggunakan perkhidmatan perubatan di sistem penjagaan kesihatan awam yang mencatatkan kualiti merosot kerana krisis ekonomi hiperinflasi sehingga menyebabkan kekurangan dana.

Bagi sebilangan kecil yang mempunyai insurans kesihatan dan memilih perkhidmatan klinik swasta, kos penjagaan kesihatan meningkat secara mendadak dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Badan pengawal selia insurans negara itu tidak memberikan sebarang komen mengenai perkara itu.

Venezuela mengalami jangkitan gelombang kedua Covid-19 yang menyebabkan presiden negara itu, Nicolas Maduro menyalahkan peningkatan kes itu disebabkan negara jiran Brazil.

Venezuela merekodkan kes positif Covid-19 sebanyak 157,943 kes dengan 1,577 kematian.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya