Vaksin Covid-19 jadi mangsa diskriminasi - Utusan Malaysia

Vaksin Covid-19 jadi mangsa diskriminasi

ORANG ramai berjalan di kawasan membeli-belah semasa cuti umum Golden Week di Beijing. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Pengambilan jenis vaksin boleh menentukan destinasi mana yang anda boleh kunjungi, walaupun beberapa negara sudah mula memberikan kelonggaran untuk pelawat mengunjungi negara itu. 

Sebagai contoh, Suruhanjaya Eropah hanya memberikan kebenaran kepada rakyat Amerika Syarikat (AS) yang menerima suntikan vaksin yang diluluskan oleh agensi perubatan untuk memasuki mana-mana negara Eropah. 

China pula hanya mengiktiraf vaksin keluarannya walhal negara Barat tidak meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 yang dihasilkan oleh negara ini.

Situasi itu mendatangkan dilema kepada rakyat China yang kerap mengunjungi negara lain dan penduduk di negara Barat yang mahu meneroka peluang perniagaan di negara ekonomi kedua terbesar di dunia. 

Bagi jutaan penduduk di seluruh dunia yang tidak boleh memilih jenis vaksin yang diterima, keadaan itu hanya menyebabkan kebanyakan tempat akan berisiko menjadi selektif mengenai suntikan vaksin mana yang diterima pakai oleh sesebuah negara. 

Sedangkan kadar keberkesanan vaksin adalah berbeza-beza yang mewujudkan kemungkinan walaupun individu menerima suntikan sepenuhnya, perjalanan mereka masih terbatas khususnya terhadap sektor perniagaan antarabangsa dan industri pelancongan. 

EKONOMI DAN POLITIK TERKESAN 

Pakar Keselamatan Makanan di Universiti City Hong Kong, Prof. Madya Nicholas Thomas berkata, memisahkan masyarakat global berdasarkan penggunaan vaksin hanya memberikan kesan buruk terhadap ekonomi dan politik akibat serangan wabak Covid-19. 

“Ini hanya mendatangkan risiko kepada dunia yang memisahkan penggunaan jenis vaksin berdasarkan negara berbanding keperluan perubatan,” katanya. 

Kerajaan China sehingga Eropah membincangkan isu pasport vaksin yang mudah diakses dan merupakan dokumen pengesahan menyatakan individu sudah menerima suntikan vaksin. 

Namun begitu, sehingga kini belum jelas negara mana yang akan mengiktiraf semua jenis suntikan vaksin atau hanya memilih vaksin tertentu. 

China memudahkan permohonan visa bagi warga asing yang disuntik dengan vaksin China Mac lalu, termasuk kelonggaran tidak perlu menjalani ujian Covid-19 atau mengisi borang pengisytiharan perjalanan. 

VAKSIN BERBEZA IKUT NEGARA 

Vaksin China hanya tersedia di beberapa negara seperti Brazil, Pakistan dan Serbia. 

Sedangkan masyarakat tidak boleh mendapatkan Sinovac atau vaksin keluaran China yang lain di AS. 

China bukan sahaja negara yang mengenakan kawalan ketat terhadap individu dengan suntikan vaksin tertentu, bahkan Iceland menghalang penerima vaksin China dan Rusia memasuki negara itu. 

Pendekatan China terhadap isu ini hanya memberikan kesan terhadap rakyatnya sendiri.  

Ini kerana, pelancong China merupakan kumpulan pelawat ke negara luar terbesar yang mengembara ke Asia Tenggara, Australia, New Zealand sehingga ke Paris sebelum pandemik melanda dunia. 

Dalam pada itu, Indonesia dan Thailand meluluskan suntikan vaksin China, manakala, New Zealand dan Australia tidak membenarkan penggunaan vaksin tersebut. – AGENSI 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya