LONDON: Universiti Oxford terpaksa menghentikan satu ujian klinikal vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca yang dijalankan terhadap kanak-kanak dan remaja di United Kingdom (UK). Langkah itu dibuat bagi mengumpul lebih banyak data berkaitan isu darah beku dilaporkan dalam kalangan orang dewasa yang menerima suntikan tersebut. Pengumuman itu dianggap sebagai tamparan hebat kepada vaksin tersebut selepas beberapa negara menghentikan penggunaannya berikutan laporan berlakunya isu darah beku selepas menerima suntikan vaksin. Universiti Oxford bagaimanapun menegaskan tidak timbul kebimbangan mengenai keselamatan dalam ujian klinikal tersebut. Tambah universiti tersebut, pihaknya akan menunggu garis panduan daripada badan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya