Turki pula laksana perintah berkurung - Utusan Malaysia

Turki pula laksana perintah berkurung

TURKI melaksanakan perintah berkurung sepenuhnya bermula 29 April hingga 17 Mei depan bagi menangani penularan wabak Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Turki melaksanakan perintah berkurung sepenuhnya buat pertama kali dalam usaha menangani lonjakan kes jangkitan dan kematian akibat wabak Covid-19 di negara ini.

Lapor BBC, perintah berkurung itu dikuat kuasa bermula 29 April hingga 17 Mei depan.

Perintah berkurung itu mewajibkan penduduk berada di rumah kecuali untuk membeli barangan keperluan dan rawatan perubatan kecemasan. 

Semua perjalanan antara bandar juga memerlukan kebenaran pihak berkuasa.

Sekatan itu turut melibatkan penutupan sekolah, mengehadkan jumlah pengguna pengangkutan awam dan penjualan minuman beralkohol.

Bagaimanapun, beberapa perniagaan di kecualikan daripada sekatan tersebut.

Pada tahun lalu, Turki dilihat sebagai negara yang berjaya mengawal jangkitan Covid-19 dengan mengambil tindakan awal sehingga mendapat pujian daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kini selepas setahun, Turki merupakan antara yang paling teruk terjejas akibat wabak tersebut dengan kadar jangkitan tertinggi di Eropah.

Bagaimanapun, Ankara seolah-olah tidak mahu mengakui keadaan itu dan menyatakan jumlah kematian akibat Covid-19 masih rendah iaitu lebih 39,000 kes, bahkan pihak berkuasa memaklumkan pandemik itu masih terkawal.   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya