Torpedo Nanggala-402 ditemukan - Utusan Malaysia

Torpedo Nanggala-402 ditemukan

SEBAHAGIAN serpihan kapal selam KRI Nanggala-402 yang ditemukan, baru- baru ini. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kenderaan dalam air kawalan jauh (ROV) milik kapal penyelamat Singapura, MV Swift menemukan lokasi teropedo milik kapal selam KRI Nanggala-402 di perairan utara Bali.

Lapor Kompas.com, perkara itu disahkan oleh Laksamana Muda Tentera Nasional Indonesia (TNI), Muhammad Ali dalam sidang akhbar hari ini.

Katanya, proses mengeluarkan bangkai kapal selam itu akan dilakukan secara berperingkat.

“ROV hanya mampu mengangkat bebanan seberat kira-kira 150 kilogram, maka hanya bahagian kecil sahaja yang boleh dibawa naik ke permukaan.

“Pihak berkuasa akan menyusun dengan teliti bagaimana proses mengeluarkan bangkai Nanggala boleh dilakukan secara teratur dan lancar,” katanya.

TNI sebelum ini memaklumkan mayat anak kapal selam itu berkemungkinan dibawa ke Surabaya, Jawa Timur jika proses berjalan lancar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya