TNI cari kapal selam di seluruh perairan Bali - Utusan Malaysia

TNI cari kapal selam di seluruh perairan Bali

KAPAL selam KRI Nanggala-402 buatan Jerman membawa 53 anak kapal dilaporkan hilang selepas terputus hubungan sejak Rabu lalu. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Tentera Nasional Indonesia (TNI) melakukan misi pencarian kapal selam KRI Nanggala-402 di seluruh kawasan perairan utara Bali.

Lapor Kompas.com, Ketua Pusat Penerangan TNI, Achmad Riad berkata, semua wilayah perairan di kawasan itu melakukan pencarian dengan mengerahkan semua peralatan dan kapal yang ada.

Katanya, pencarian itu dilakukan sendiri dengan kekuatan yang dimiliki Indonesia.

“TNI menghantar 21 kapal perang termasuk kapal selam KRI Alugoro-405 yang baru dirasmikan baru-baru ini,” katanya.

Kapal selam buatan Jerman itu membawa 53 anak kapal dilaporkan hilang selepas terputus hubungan sejak Rabu lalu.

Dalam masa sama, Polis Kebangsaan Indonesia (Polri) mengerahkan empat kapal miliknya iaitu KP Gelatik-5016, KP Enggang-4016, KP Barata-8004, dan KP Balam-4017.

“Mudah-mudahan segala sumber yang dikerahkan dapat mempercepatkan usaha mengenal pasti kedudukan sebenar kapal itu,” jelasnya.

Sementara itu, Riad berkata, penemuan magnet di kawasan perairan Bali itu boleh menjadi petunjuk operasi menyelamat.

“Semalam, KRI Rimau memaklumkan mengenai penemuan satu titik magnet yang sangat kuat. Mudah-mudahan ia tidak akan berubah dan menjadi titik terang,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya