TikTok berdepan saman berbilion, didakwa ceroboh data kanak-kanak - Utusan Malaysia

TikTok berdepan saman berbilion, didakwa ceroboh data kanak-kanak

TIKTOK didakwa mengambil maklumat peribadi kanak-kanak termasuk nombor telefon, video, lokasi sebenar dan data biometrik tanpa pengetahuan kanak-kanak atau ibu bapa mahupun peringatan mencukupi. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Aplikasi TikTok berdepan tindakan undang-undang daripada bekas Pesuruhjaya Kanak-Kanak di England, Anne Longfield berhubung pengumpulan dan penggunaan data kanak-kanak.

Lapor BBC, tuntutan saman itu difailkan bagi mewakili jutaan kanak-kanak di United Kingdom dan Kesatuan Eropah yang menggunakan aplikasi perkongsian video popular tersebut.

Sekiranya tuntutan itu berjaya, kanak-kanak yang menjadi mangsa boleh menerima ribuan pound bagi setiap orang.

Menurut peguam, TikTok mengambil maklumat peribadi kanak-kanak termasuk nombor telefon, video, lokasi sebenar dan data biometrik tanpa pengetahuan kanak-kanak atau ibu bapa mahupun peringatan mencukupi.

Tuntutan itu difailkan mewakili kanak-kanak yang menggunakan aplikasi itu sejak 25 May 2018, tidak kira sama ada mereka mempunyai akaun atau sudah menetapkan ketetapan privasi.

TikTok mempunyai 800 juta pengguna di seluruh dunia sekali gus menjadikan syarikat ByteDance menjana keuntungan berbilion tahun lalu dengan keuntungan terbesar daripada pengiklanan.

Sementara itu, TikTok berkata, kes tersebut tidak mempunyai merit dan akan menentangnya.

“Privasi dan keselamatan menjadi keutamaan bagi TikTok dan kita menggunakan polisi, proses dan teknologi yang mantap bagi melindungi semua pengguna termasuk pengguna remaja.

“Kami percaya tuntutan itu lemah daripada segi merit,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya