JAKARTA: Indonesia akan meningkatkan kerjasama dengan Malaysia dan Filipina dalam sektor keselamatan serantau bagi menangani insiden penculikan membabitkan kumpulan militan Abu Sayyaf. Lapor Kompas.com, Menteri Luar, Retno Marsudi berkata, peningkatan kawalan keselamatan akan dilakukan di sekitar perairan Sabah, Malaysia. “Indonesia komited untuk meningkatkan tahap keselamatan di perairan Sabah dengan kerjasama pihak berkuasa Malaysia dan Filipina. “Kerjasama itu diharap dapat menangani kes penculikan rakyat negara ini oleh Abu Sayyaf,” katanya. Retno juga memaklumkan usaha pencegahan itu dapat dilakukan dengan mewujudkan komunikasi secara intensif antara Kementerian Luar Indonesia dengan rakyat negara ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya