Tarrant buat semakan kehakiman mahu gelaran pengganas ditarik balik - Utusan Malaysia

Tarrant buat semakan kehakiman mahu gelaran pengganas ditarik balik

 BRENTON TARRANT 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Pengganas paling kejam abad ini, Brenton Tarrant seperti tidak sedar diri apabila ‘naik lemak’ dan mula membuat macam-macam permintaan. 

Terbaharu, menerusi semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Auckland, pengganas kulit putih itu mahu gelaran ‘pengganas’ terhadap dirinya ditarik balik. 

Bukan itu sahaja, dia juga mahu hak mendapat akses membaca berita seperti banduan lain. 

Mungkin Tarrant sudah hilang akal terhadap jenayah kemanusiaan paling zalim yang dilakukannya di Christchurch pada 2019. 

Itu pun dia sepatutnya bersyukur kerana tidak dijatuhkan hukuman mati atas dosa-dosa besar yang dilakukan dek kerana tiada hukuman seperti itu di New Zealand, atas alasan hak asasi manusia. 

Pada 15 Mac 2019, New Zealand digemparkan dengan dua insiden tembakan besar-besaran di Masjid Al-Noor dan Pusat Islam Linwood di Christchurch.

Susulan itu, Tarrant dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol, atas tindakannya membunuh 51 orang Islam.  

Lelaki berusia 30 tahun itu tercatat dalam sejarah New Zealand sebagai individu pertama disabitkan kesalahan sebagai pengganas, dan yang pertama dikenakan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol di negara itu.

SESI PENDENGARAN TANGGUH  

Bagaimanapun, Tarrant tidak menghadiri sesi penghujahan mengenai gelaran pengganas atau keputusan mengenai hak untuk mengakses berita di penjara yang didiaminya. 

Hakim Venning berkata, isu itu perlu mempunyai permohonan secara asas bagi semakan kehakiman dan harus ditangani secara formal. 

Sesi pendengaran hari ini ingin mengesahkan sama ada Tarrant mahu meneruskan aduannya atau mendapatkan bantuan guaman. 

“Selepas sesi persidangan diaturkan, Tarrant memberitahu pihak penjara dia mengalami kekurangan akses dokumen serta mahu pendengaran itu ditangguhkan,” katanya. 

Sesi pendengaran itu secara teknikalnya adalah prosiding sivil, jadi Tarrant tidak perlu dipaksa untuk hadir. 

Hakim Venning memberikan kebenaran untuk sesi itu ditangguhkan, tetapi Tarrant perlu memohon sesi pendengaran lain dengan memberikan notis selama 14 hari kepada mahkamah. 

Sesi tersebut dilaksanakan menerusi panggilan telefon bermakna sebarang penghujahan tidak dapat dilaporkan. 

Menurut Menteri Keadilan, sebanyak 180 semakan kehakiman dilakukan setiap tahun dan hanya individu yang dijatuhkan hukuman boleh memohon membuat semakan tersebut. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya