Tabur bunga di lautan tanda peringatan 53 kru Nanggala - Utusan Malaysia

Tabur bunga di lautan tanda peringatan 53 kru Nanggala

TENTERA Nasional Indonesia akan mengadakan upacara menabur bunga untuk memperingati kesemua 53 anak kapal selam Nanggala yang terkorban. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Ibu pejabat Tentera Nasional Indonesia (TNI) akan mengadakan upacara menabur bunga bagi memperingati 53 anak kapal selam KRI Nanggala-402 yang terkorban.

Ketua Staf TNI Angkatan Laut (KSAL), Yudo Margono berkata, acara menabur bunga akan dilakukan oleh semua keluarga mangsa dengan menaiki kapal tentera.

“TNI akan mengadakan upacara menabur bunga di lautan sebagai memperingati kesemua pahlawan kita yang gugur.

“Mayat mangsa mungkin akan dibawa ke Surabaya sekiranya usaha mengeluarkan bangkai kapal selam itu berjaya dilakukan,” katanya kepada Tempo.

Selain itu, Yudo memaklumkan keluarga mangsa juga boleh membuat tuntutan untuk mayat dibawa ke lokasi yang mereka inginkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya