YANGON: Pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi berdepan dengan satu lagi pendakwaan baharu, hari ini.
Menurut peguamnya, Min Min Soe, Suu Kyi berdepan dengan enam pertuduhan dengan lima di Naypyidaw dan satu di Yangon
Katanya, pertuduhan baharu Suu Kyi melibatkan isu berkaitan undang-undang pengurusan bencana alam di negara ini.
“Suu Kyi meminta mahkamah untuk membenarkan beliau bertemu dengan peguamnya secara persendirian ketika dia berdepan dengan pelbagai pendakwaan sejak 1 Februari lalu,” katanya.
Min Soe juga memaklumkan anak guamnya dalam keadaan sihat dan kini dikenakan tahanan rumah di Naypyidaw.
Satu lagi pertuduhan yang dihadapi Suu Kyi adalah beliau didakwa mencabul akta rahsia rasmi era kolonial dan boleh dipenjara sehingga 14 tahun jika disabit kesalahan.
Beliau turut didakwa melanggar protokol Covid-19 dan memiliki dua walkie talkie, selain memberi rasuah kepada majlis ketenteraan negara ini. – AGENSI