Sindrom Raynaud tukar jari jadi biru - Utusan Malaysia

Sindrom Raynaud tukar jari jadi biru

SINDROM Raynaud mengehadkan pengaliran darah ke jari tangan dan jari kaki sehingga menyebabkan bahagian itu berubah warna buat sementara waktu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sindrom Raynaud atau fenomena Raynaud merupakan sejenis penyakit yang mengehadkan pengaliran darah ke jari tangan dan jari kaki sehingga menyebabkan bahagian itu berubah menjadi warna biru atau putih buat sementara waktu.

Lapor Oddity Central, sindrom tersebut dinamakan sempena pakar perubatan, Auguste Gabriel Maurice Raynaud yang pertama kali menjelaskan mengenai penyakit itu dalam tesis kedoktoran pada 1862.

Penyakit jarang berlaku ini boleh digambarkan sebagai reaksi tinggi terhadap tindak balas seperti suhu sejuk atau tekanan.

“Dalam kes ini, badan cuba menjimatkan haba dengan melambatkan aliran darah ke bahagian paling jauh seperti jari.

“Arteri kecil yang membawa darah ke bahagian tersebut menyempit sehingga menyebabkan bahagian ekstrem berubah menjadi putih dan kemudian bertukar kepada biru disebabkan kekurangan oksigen di bahagian terjejas,” jelas laporan itu.

Raynaud biasanya bertahan kira-kira 15 minit namun boleh berlanjutan selama beberapa jam.    

“Pesakit kebiasaannya akan berasa seperti jari mereka ‘dicucuk’ dan kadang-kala lebih menyakitkan,” jelas laporan itu.

Kira-kira empat peratus penduduk mengalami fenomena Raynaud namun tahap serangan penyakit itu berbeza mengikut individu. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya