Separuh penduduk Myanmar bakal jatuh miskin jelang 2022 - Utusan Malaysia

Separuh penduduk Myanmar bakal jatuh miskin jelang 2022

SEBILANGAN penduduk dari Hlaing Tharyar di Yangon melarikan diri dengan menaiki lori dan kereta selepas pasukan keselamatan terus menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan anti-kudeta. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Kesan akibat pandemik Covid-19 dan pergolakan politik di Myanmar boleh menyebabkan hampir separuh populasi di negara ini atau bersamaan 25 juta penduduk jatuh miskin menjelang 2022.

Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNPD) menerusi satu laporan menyatakan, kesan akibat kedua-dua krisis tersebut boleh menyebabkan kadar kemiskinan terus melonjak tinggi di Myanmar.

Penolong Setiausaha Agung PBB dan Ketua Pengarah UNDP bagi Asia dan Pasifik, Kanni Wignaraja berkata, penduduk dari kelas pertengahan dan bawahan merupakan antara yang paling terkesan dalam kedua-dua krisis tersebut.

“Pembangunan di Myanmar baru sahaja bermula ketika peralihan demokrasi, namun kini, usaha itu dilihat seperti sia-sia sekiranya pergolakan politik yang berlaku tidak dihentikan segera, selain faktor pandemik Covid-19.

“Semua tindakan dan langkah yang diambil kerajaan demokrasi sebelum ini untuk meningkatkan taraf hidup rakyat bakal ‘berkubur dalam tempoh beberapa bulan sahaja’,” katanya.

Laporan itu juga menyebut, menjelang hujung tahun lalu, secara purata, 83 peratus isi rumah di negara ini melaporkan pendapatan mereka dipotong hampir separuh kerana Covid-19.

Jumlah penduduk yang hidup di bawah garisan kemiskinan turut dijangka meningkat sehingga 11 peratus susulan kesan sosio ekonomi akibat Covid-19.

Selain itu, tindakan kekerasan pasukann keselamatan Myanmar juga mengancam hak asasi manusia dan pembangunan penduduk di negara ini.

Sehingga kini, pasukan keselamatn Myanmar didakwa membunuh lebih 750 penduduk awam dalam sejumlah demonstrasi. – REUTERS

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya