Seorang maut tembakan di Texas - Utusan Malaysia

Seorang maut tembakan di Texas

PIHAK polis mengarahkan pekerja mengosongkan tempat kejadian tembakan di kawasan perindutsrian di Bryan, Texas. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEXAS: Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan beberapa individu lain cedera dalam kejadian tembakan di kawasan perindustrian di bandar ini.

Menurut Jabatan Polis Texas, suspek bersenjata yang merupakan pekerja kilang kabinet menembak serta mencederakan seorang pegawai.

Menurut Ketua Polis, Eric Buske, pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.30 petang mengenai serangan di Kent Moore Cabinets.

Katanya, seorang mangsa maut di tempat kejadian, manakala, empat mangsa lain yang berada dalam kritikal dihantar ke hospital.

Pihaknya juga mengesahkan bilangan mangsa seramai tujuh orang termasuk seorang mangsa mengalami kecederaan kecil.

Jelasnya, motif serangan belum dikenal pasti.

Dalam pada itu, Gabenor Texas, Greg Abbott berkata, pihaknya akan membantu pihak berkuasa dalam apa cara sekalipun bagi membantu memberkas serta mendakwa suspek ke muka pengadilan.

Siri keganasan terbaharu itu menjadikan angka kematian akibat tembakan meningkat sejak pertengahan Mac lalu, termasuk kejadian amukan yang mengorbankan lapan orang di Atlanta, 10 orang di pasar raya Boulder, Colorado serta empat orang termasuk kanak-kanak berusia sembilan tahun di Orange, California. -AGENSI

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya