Senat Brazil siasat kerajaan urus krisis Covid-19 - Utusan Malaysia

Senat Brazil siasat kerajaan urus krisis Covid-19

KRISIS Covid-19 di Brazil semakin meruncing. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAO PAULO: Dewan Senat Brazil akan membuka siasatan mengenai cara kerajaan menguruskan krisis Covid-19 ketika Presiden Jair Bolsonaro terus berdegil untuk melaksanakan perintah berkurung biarpun kes jangkitan dan kematian akibat wabak itu terus meningkat.

Hakim Mahkamah Tinggi Brazil mengarahkan supaya Dewan Senat membentuk satu suruhanjaya untuk memulakan siasatan, selepas digesa oleh 32 daripada 81 Senator di negara ini.

Sisatan itu dikehendaki meneliti semua ‘tindakan dan kelalaian’ yang dibuat oleh kerajaan dalam menguruskan ancaman Covid-19, terutamanya berkaitan dengan krisis kesihatan yang semakin teruk.

Bolsonaro ketika ini dilihat enggan ‘mendengar atau memahami’ nasihat yang disampaikan oleh pakar kesihatan berhubung situasi Covid-19 di negara ini.

Sehingga semalam, Brazil merekodkan lebih 4,200 kematian dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan lebih 345,000 iaitu kedua tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat (AS). – AFP

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya