SINGAPURA: Satu kajian mendapati semburan hidroksiklorokuin oral dan povidone-iodin tekak berkesan mengurangkan penyebaran jangkitan Covid-19 dalam fasa penularan yang tinggi.
Lapor Bernama, kajian itu dijalankan oleh pasukan saintis Singapura dan disiarkan dalam International Journal of Infectious Diseases.
Kajian klinikal secara rawak itu membabitkan seramai 3,037 pekerja asing yang sihat dan dikuarantin di sebuah asrama, Tuas South Dormitory.
Perunding Kanan Bahagian Neurologi, Jabatan Perubatan, Hospital Universiti Nasional (NUH), Prof. Madya Raymond Seet berkata, penggunaan semula ubat-ubatan sedia ada dilihat sebagai strategi penting dalam menangani Covid-19.
“Sehingga program vaksinasi secara besar-besaran berjaya dilaksanakan di global, langkah bukan farmakologi seperti pengenaan pelitup muka dan penjarakan fizikal merupakan satu-satunya pendekatan terbukti mengurangkan penularan Covid-19,” katanya.
Kajian itu menunjukkan kekerapan jangkitan Covid-19 jauh lebih rendah terhadap individu yang menerima hidroksioklorokuin dan semburan tekak povidoneiodine dibandingkan dengan vitamin C yang digunakan sebagai ubat perbandingan.
Malah, tidak ada perbezaan statistik yang ditemui antara zink/vitamin C dan ivermectin, dibandingkan dengan vitamin C.
Pengurangan SARS-CoV-2 terhadap kumpulan yang disembur dengan hidroksioklorokuin dan povidoneiodine kekal signifikan secara statistik.
Faktor-faktor itu seperti pendedahan kepada bilik sebelumnya, kategori usia, kewarganegaraan, pematuhan terhadap ubat-ubatan dan seropositiviti asas dalam kelompok yang sama.