Seludup burung pipit dalam alat kerinting rambut - Utusan Malaysia

Seludup burung pipit dalam alat kerinting rambut

KEVIN MCKENZIE ditahan selepas menyeludup 35 ekor burung pipit di dalam alat kerinting rambut di New York, Amerika Syarikat. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang lelaki ditahan di sebuah lapangan terbang selepas didapati menyeludup 35 ekor burung pipit di dalam beberapa alat kerinting rambut yang dilekatkan pada badannya.

Lapor Metro, Kevin McKenzie didakwa cuba menyeludup burung pipit ke Amerika Syarikat (AS) dari Guyana untuk pertandingan nyanyian burung di Queens, New York.

Menurut pihak berkuasa, McKenzie ditahan bersama burung pipit disembunyikan di dalam alat kerinting rambut di Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy pada Isnin lalu.

McKenzie memberitahu polis bahawa dia ditawarkan wang sebanyak AS$3,000 (RM12,308) untuk menyeludup burung pipit ke New York.

Berdasarkan polis, McKenzie tiba di AS dengan menaiki penerbangan dari Georgetown, Guyana bersama alat kerinting rambut yang dilekatkkan di sekitar buku lali dan disembunyikan di dalam kot.

Pegawai Agensi Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS berkata, pihaknya menemui burung pipit ditutupi kain jaring dan disembunyikan di dalam jaket dan seluarnya.

McKenzie didakwa atas kesalahan import hidupan liar secara haram dan dibebaskan dengan bon sejumlah AS$25,000 (RM102,568). 

Sekiranya didapati bersalah, McKenzie boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya