Saudara, rakan Zwar Minn terpaksa bersembunyi - Utusan Malaysia

Saudara, rakan Zwar Minn terpaksa bersembunyi

KYAW ZWAR MINN mendakwa ahli keluarganya di Myanmar terpaksa bersembunyi selepas junta tentera melucutkan jawatannya. - THE GUARDIAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Duta Besar Myanmar ke United Kingdom (UK) yang digulingkan, Kyaw Zwar Minn mendakwa saudara mara dan rakan-rakannya di Myanmar terpaksa bersembunyi selepas junta tentera melucutkan jawatannya.

Pelucutan jawatan itu berikutan Zwar Minn menyatakan kesetiaan terhadap pemimpin awam yang digulingkan,Aung San Suu Kyi serta menggesa junta tentera membebaskannya.

Zwar Minn dalam satu wawancara eksklusif bersama The Guardian mengakui beliau berasa kurang selamat untuk menetap di kediamannya di utara London.

Jelasnya, beliau juga sudah menghubungi polis selepas beberapa bekas kakitangannya menyampaikan surat yang mengarahkannya keluar sebelum Khamis.  

“Pejabat Luar Negeri menyatakan bahawa jika mereka menyerang kediaman kami, polis Britain tidak dapat melakukan apa-apa,” katanya. 

Jelasnya, beliau masih menunggu maklum balas daripada pihak berkuasa Britain mengenai bantuan yang akan diberikan bagi membolehkannya terus menetap di London.    

Menurut Zwar Minn, sejak kebelakangan ini, ahli keluarganya yang berada di Myanmar berasa takut dengan tindak balas akibat pendiriannya berhubung isu Suu Kyi.

“Saya mendapat tahu bahawa beberapa rakan dan saudara mara terpaksa bersembunyi, jauh dari rumah mereka.

“Mereka tidak dapat tampil di khalayak ramai disebabkan saya,” katanya. 

Konflik di Myanmar tercetus sejak junta tentera menggulingkan Suu Kyi pada 1 Februari lalu dengan lebih 700 orang terbunuh dalam tindakan kekerasan yang dilakukan pasukan keselamatan negara itu.

Dalam perkembangan lain, AFP melaporkan, penunjuk perasaan anti rampasan menyimbah cat merah di sekitar jalanan di Myanmar bagi menandakan lebih 700 nyawa yang hilang dalam tindakan kekerasan yang dilakukan oleh pasukan keselamatan.

“Tujuan melakukan demikian adalah untuk memperingati orang yang terkorban dalam perjuangan untuk demokrasi,” kata seorang penunjuk perasaan dari Yangon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya