JAKARTA: Sebuah keluarga terpaksa menanggung malu kerana tersalah hantar barang hantaran perkahwinan ke rumah orang lain.
Lapor Tribunnews, rombongan keluarga pengantin dari Pemalang hanya berpandukan kiriman lokasi yang dikongsikan melalui Google Maps oleh keluarga pengantin perempuan.
Kebetulan dalam kampung yang sama, ada dua majlis yang sedang berlangsung iaitu majlis pernikahan dan pertunangan.
Lebih menggelikan hati apabila rombongan tersebut sudah memasuki rumah berkenaan dan menyerahkan barang hantaran.
Kisah itu diceritakan oleh seorang bakal pengantin bernama Ulfa yang berlaku di kediamannya di Magelang, Jawa Tengah.
Katanya, rombongan keluarga lelaki dari Kendal sepatutnya tiba pada pukul 10.00 pagi. Namun, sehingga pukul 11 lebih, calon suami Ulfa dan keluarganya belum tiba.
Akhirnya, mereka mengambil inisiatif untuk menjemput dan menunggu di persimpangan jalan.
Selepas keluarga tersebut bertandang, Ulfa kehairanan kerana tiada langsung ahli keluarga rombongan yang dikenalinya dan dia menyedari mereka bukan keluarga bakal suaminya.