Robot Shalu mampu bertutur 38 bahasa  - Utusan Malaysia

Robot Shalu mampu bertutur 38 bahasa 

DINESH PATEL bersama robot humanoid, Shalu yang dibina menggunakan bahan buangan. - SWNS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang lelaki dari India mendakwa berjaya membangunkan sebuah robot humanoid sosial yang boleh bertutur dalam 38 bahasa.

Lapor Metro, robot humanoid dilengkapi teknologi kepintaran buatan (AI) dibina dengan hanya menggunakan kadbod dan plastik yang bernilai 500 pound (RM2,840).

Dinesh Patel yang berasal dari kampung Rajmalpur di Uttar Pradesh berkata, prototaip dinamakan Shalu mampu bertutur 38 bahasa asing termasuk bahasa Inggeris dan sembilan bahasa tempatan.  

Menurut Dinesh yang merupakan guru Sains Komputer, robot humanoid itu boleh mengenal pasti objek dan menyelesaikan soalan matematik.

“Shalu juga boleh menghafal serta menjawab teka-teki dan soalan pengetahuan am.

“Robot ini memiliki pelbagai keupayaan sehingga membolehkannya melakukan aktiviti lain seperti membaca surat khabar, horoskop dan resipi serta menyampaikan laporan cuaca,” katanya.       

Dinesh mendakwa membina robot humanoid itu menggunakan bahan buangan termasuk aluminium, kadbod, kayu, serta plastik dan kemudian memprogramkan Shalu ke komputer.  

Jelasnya, dia kini berhasrat menggunakan pencetakan tiga dimensi (3D) untuk menghasilkan bahagian badan robot yang lebih realistik.

Tambahnya, dia menghabiskan lebih tiga tahun dan membelanjakan kira-kira 493 pound (RM2,800) untuk menghasilkan robot tersebut.

Dinesh mengakui mendapat inspirasi dari sebuah filem Bollywood yang berjudul, Robot untuk membangunkan robot humanoid tersebut.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya