LONDON: Ratu Elizabeth II menggantikan wajah dirinya tersenyum bersama mendiang Putera Philip dalam foto rasmi media sosial dengan imejnya bersendirian.
Lapor Daily Mail, sebelum kematian Duke of Edinburgh, ratu England yang berusia 95 tahun itu menggunakan gambar profil dirinya bersama Putera Philip semasa lawatan di Epsom Derby, 2016.
Bagaimanapun, akaun rasmi media sosial ratu itu sudah digantikan dengan gambarnya semasa melakukan lawatan ke ibu pejabat M15 di Thames House, Februari 2020.
Selepas kematian Philip, ahli keluarga kerabat diraja lain turut menggantikan gambar profil media sosial mereka dengan lambang rasmi diraja sebagai tanda hormat.
Elizabeth akan mengakhiri tempoh berkabung selama dua minggu sempena kematian suaminya.