Ratu Elizabeth II kembali laksana tugas diraja - Utusan Malaysia

Ratu Elizabeth II kembali laksana tugas diraja

RATU ELIZABETH II bersama mendiang suaminya, Putera Philip. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Ratu Elizabeth II kembali melaksanakan tugas diraja selepas empat hari kematian mendiang suaminya, Putera Philip sebagai persediaan sebelum upacara pengebumian hujung minggu ini.

Lapor AP, Duchess of Edinburgh berusia 94 tahun itu menghadiri majlis persaraan bagi pegawai kanan diraja di Istana Windsor, Selasa lalu.

Lord Chamberlain Earl Peel menamatkan tugas sebagai pegawai paling kanan keluarga diraja yang bertanggungjawab menguruskan upacara pengebumian Philip sehingga diserahkan kepada penggantinya.

Keluarga Diraja itu akan berkabung selama dua minggu sebagai penghormatan ke atas kematian Duke of Edinburgh.

Seramai 30 individu sahaja akan dibenarkan menghadiri majlis pengebumian Putera Philip yang bakal berlangsung di Istana Windsor, Sabtu ini.

Keputusan itu dibuat susulan sekatan pergerakan akibat pandemik Covid-19.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya